http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/08/pertanyaan-yang-diajukan-guest-salam.html

Pertanyaan yang diajukan
Guest
salam bro
Guest
ade tip nak wat servis & penjagaan taya kete X?
Guest
boleh tau caner nk tukar taya kete 2 biji botak bleh ker X?
Thanks
pada Guest ( tah tak tau nama
pun) sebab bertanya.. Berkenaan tayar tu saya cuba kongsi sedikit pandangan
seperti di bawah..
Jawapan kami
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip
Servis & Pilih Tayar Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..Tayar seperti michelin,
yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim
sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas
terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis
bunganya).
Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah
kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh
cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo
ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..
Faktor bising senyap
tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan
tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka
lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah.
Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan
tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan

1) Tayar jenis Silverstone
Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang
biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan
bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu
ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.
2) Tayar agak mahal harganya
tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti
Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7,
Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.
3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan
perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8,
Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.
_______________________________

1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat
tempoh.
Semak catatan tarikh tayar dikilangkan.Sebelum membeli tayar di
kedai tayar seharusnya anda membelek tayar yang nak di beli itu..Mengikut piawaian tayar
antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang
(selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan).
Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke
08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar
tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48
minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat
ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa
tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat
tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar
dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar
ditukar sbb getah dah keras..
_______________________________

2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
Tayar toreh dibuat secara haram dan tidak mengikut sebarang piawaian. Ia
dikenali sebagai ‘industri belakang rumah’. Tanpa pengawasan dan pemeriksaan
terhadap keselamatan dan kualitinya,Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had
rekaan pengeluar.
kerajaan telah memutuskan untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan tayar
toreh.
_______________________________

3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada
setiap sisi.
Bila kita campur jadi rojak tayar tersebut nanti tak boleh rasa
kesan tayar sebenar bila memandu..Setiap model tayar berlainan fungsinya,
termasuklah kesan tahap cengkaman pada jalan raya.. Jadi kurang sesuailah jika
kita mengunakan model tayar berlainan jenis pada setiap sisi kereta..Ramai org suka tukar tayar 2 biji (biasa
depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer
sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg
sama brand.. atau tukar semua..
_______________________________

4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had
pengeluar.
Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.Penggunaan rim yang terlalu besar dan
berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar
kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci.
Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda
luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan pick-up jadi perlahan
manakala tekanan lonjakan juga terjejas.
_______________________________

5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar
kereta anda
Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara
perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
_______________________________

6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah
botak/ haus.
Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di
atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar
'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
_______________________________

7) Jangan guna tayar
benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami
kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar
segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah
Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat
melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan
kat tempat berlubang..
_______________________________
Tekanan Angin Tayar
Jangan lupa periksa
tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat
pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan.
Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan
tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan.

**** Mengikut tekanan angin
yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa.
So tengok meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau
"-" . Butang
yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.Sentiasa
pastikan angin tayar betul.Lepas dah set just cucuk je tayar tu. Senang je.
Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan
angin dah cukup seperti yang dah di set) " kalau ada pressure gauge
sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester
menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi..

Tekanan angin di dalam tayar
juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan
berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika
tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua
bahagian sebelah luar.

Sekiranya haus di bahagian luar sahaja tayar tu terlalu mencapah dan jika haus
di bahagian dalam tayar mencapah keluar.. Ini perlu buat alligment tayar
balik..Tetapi jika tayar bunganya haus tak sekata ( turun naik) Berkemungkinan
absober dah rosak..
_______________________________

Buat alignment Tayar
Teknik dimana dua tayar di
depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan
tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the
road.
1) castor yg pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya
selari lepastu dia adjust nut utk bagi selaras balik.
2) camber pulak pula adalah teknik tambah screw di absorber utk bagi pemberat
kpd tayar
kalau tgk tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau
bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke
kanan or kekiri.. haa tu kena buat alignment la tu(tapi tanya mekanik la dulu
maybe ada sbb lain) kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-tayar botak tak sekata
-jalan kena selalu pegang
steering
-memastikan sentuhan tayar di
jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
**** Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.
_______________________________

Buat balancing tayar
bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing sbb tayar
kita berpusing tak seragam. means tak smooth la.kalau tak nak buat?steering
akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
**** Adalah disarankan setiap enam bulan.
_______________________________

Buat Rotation Tayar
Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya
jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan
menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap
5000km..Semua
rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi
kereta.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar..
atau saranan kami